Tan Cheng Lock


Tan Cheng Lock

陳禎祿
Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) pertama
Dalam jawatan
27 Februari 1949 – 27 Mac 1958
Didahului olehParti baru ditubuhkan
Digantikan olehLim Chong Eu
Butiran peribadi
Lahir(1883-04-05)5 April 1883
Melaka, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Meninggal dunia13 Disember 1960(1960-12-13) (umur 77)
Melaka, Malaysia
Parti politikPersatuan Cina Malaysia (MCA)
PasanganYeo Yeok Neo
Anak-anak1. Tun Tan Siew Sin (L)
2. Tan Kim Tin (P)
3. Wee Geok Kim (P)
4. Alice Tan Kim Yoke (P)
5. Agnes Tan Kim Lwi (P)
PekerjaanAhli perniagaan

Tun Dato' Sir Tan Cheng Lock SMN DPMJ KBE JP (Cina Ringkas: 陈祯禄; Cina Tradisional: 陳禎祿; pinyin: Chén Zhēnlù, 5 April 1883 – 13 Disember 1960) ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.

Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search