Tanah lembap

Everglades, negeri Florida; kawasan tanah lembap terbesar di Amerika Syarikat.[1]
Biom
Biom daratan
Tundra
Taiga, hutan boreal
Padang rumput dan tanah semak gunung
Hutan konifer sederhana
Hutan konifer tropika dan subtropika
Hutan daun lebar dan campur sederhana
Hutan, hutan jarang dan belukar Mediterranean
Hutan daun lebar lembap tropika dan subtropika
Hutan daun lebar kering tropika dan subtropika
Padang rumput, savana, dan tanah semak sederhana
Padang rumput, savana, dan tanah semak tropika dan subtropika
Gurun dan tanah semak xeros
Padang rumput dan savana terendam
Riparian
Tanah lembap
Biom akuatik
Kolam
Zon litorak, pasang surut
Hutan bakau
Hutan kelpa
Terumbu karang
Zon neritik
Pentas benua
Zon pelagik
Zon bentos
Lohong hidroterma
Resapan sejuk
Ais sarah
Biom lain
Zon endolitos

Tanah lembap ialah sejenis kawasan darat yang tanihnya tertepu dengan kelembapan secara berkekalan atau bermusim. Kawasan sebegini juga boleh dilitupi separa atau sepenuhnya oleh takungan air yang cetek.[2] Antara jenis-jenis tanah lembap termasuk paya, rawang, dan bencah. Air yang ditemui di tanah lembap mungkin berasa masin, tawar, atau payau. Tanah lembap terbesar di dunia ialah Pantanal yang merentangi negara-negara Brazil, Bolivia dan Paraguay di Amerika Selatan.

Tanah lembap dianggap sebagai ekosistem yang paling besar sekali kepelbagaian biologinya. Tanah lembap diperkaya dengan flora seperti pokok bakau, telipuk, mensiang, rusiga, sipres, pokok gam, dan banyak lagi; serta fauna yang terdiri daripada pelbagai spesies amfibia, reptilia, burung, serangga, dan mamalia.[3]

Di pelbagai tempat, seperti United Kingdom, Iraq, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, tanah lembap menjadi tempat usaha pemuliharaan dan Rancangan Tindakan Biodiversiti.

Tanah lembap juga berfungsi sebagai sistem penulenan air buangan yang semula jadi, misalnya di Kolkata, India[4] dan Arcata, California, AS.[5]

Kajian tanah lembap kini juga diberi istilah paludologi dalam bahan-bahan bacaan.[6]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 2010-12-13.
  2. ^ "National Geographic's Strange Days on Planet Earth: Glossary". Public Broadcasting Service. Dicapai pada 2009-10-02.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-19. Dicapai pada 2010-12-13.
  4. ^ East Calcutta Wetlands: Wastewater, Fishponds, and Agriculture
  5. ^ Arcata, California Constructed Wetland: A Cost-Effective Alternative for Wastewater Treatment
  6. ^ http://psjc.icm.edu.pl/psjc/cgi-bin/getdoc.cgi?AAAA015683

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search