Tasek Gelugor

Tasek Gelugor
تاسيق ڬلوڬور
Pekan
Tasek Gelugor is located in Bumi
Tasek Gelugor
Tasek Gelugor (Bumi)
Koordinat: 5°29′0″N 100°30′0″E / 5.48333°N 100.50000°E / 5.48333; 100.50000
NegaraMalaysia
NegeriPulau Pinang
DaerahSeberang Perai Utara
Pentadbiran
 • Dewan RakyatShabudin bin Yahya (UMNO)
 • Tuan Yang Di-Pertua MPSPMaimunah binti Mohd Sharif
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)tidak dilihat
Poskod
13300

Tasek Gelugor merupakan sebuah pekan di dalam daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Bersempadankan dengan pekan Pinang Tunggal di utara, Kubang Semang di selatan, Padang Serai, Kedah di timur dan Teluk Air Tawar di barat. Kampung Selamat merupakan salah sebuah kampung di dalam kawasan Tasek Gelugor. Pekan terdekat adalah Padang Serai, Kedah lebih kurang 9 kilometer dan Kepala Batas lebih kurang 10 kilometer.

Melalui Lebuh Raya Utara Selatan, Tasek Gelugor boleh diakses melalui susur keluar Sungai Dua sekiranya daripada Kuala Lumpur dan Ipoh; dan susur keluar Bertam sekiranya daripada Bukit Kayu Hitam.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search