Tasik-Tasik Besar Amerika

Pemandangan Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara dari angkasa lepas.

Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara (bahasa Inggeris: Great Lakes, Perancis: Grands Lacs) terdiri dari lima buah tasik besar yang terletak di bahagian timur benua tersebut berdekatan sempadan antara negara-negara Kanada dan Amerika Syarikat. Kelompok tasik ini termasuklah tasik-tasik Erie, Huron, Michigan, Ontario dan Superior membentuk rangkaian atau kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia.[1] Sistem tasik ini kadangkala dianggap sebagai laut pedalaman. Kumpulan Tasik ini bertemu dengan Lautan Atlantik di timur melalui Sungai Lawrence.

  1. ^ Ghassemi, Fereidoun (2007). Inter-basin water transfer. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 264. ISBN 0-521-86969-2. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); line feed character in |publisher= at position 21 (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search