Taufan

Tiga siklon tropika aktif berbeza di barat Lautan Pasifik pada 7 Ogos 2006. Siklon-siklon di bahagian bawah dan kanan atas merupakan taufan.

Taufan adalah suatu siklon tropika matang yang berkembang di antara 180° dan 100°T di Hemisfera Utara. Rantau ini dirujuk sebagai Lembangan Barat Laut Pasifik[1] dan ia merupakan lembagan siklon tropika teraktif di Bumi, dengan hampir satu pertiga siklon tropika tahunan dunia terletak di situ. Bagi tujuan organisasi, utara Lautan Pasifik dibahagikan kepada tiga rantau iaitu timur (Amerika Utara hingga 140°B, tengah (140°B hingga 180°) dan barat (180° hingga 100°T). Pusat Meteorologi Khusus Serantau (PMKS) untuk ramalan-ramalan siklon tropika terletak di Jepun dengan pusat-pusat amaran siklon tropika lain untuk barat laut Pasifik di Hawaii, Amerika Syarikat (Pusat Amaran Taufan Bersama), Filipina dan Hong Kong. Walaunpun, PMKS menamakan setiap sistem, senarai nama utamanya sendiri diselaraskan dalam kalangan 18 buah negara di mana wilayah-wilayah mereka diancam oleh taufan pada setiap tahun.

  1. ^ Chris Landsea (1 Jun 2010). "Subject: F1) What regions around the globe have tropical cyclones and who is responsible for forecasting there?". Journal of Geophysical Research: Atmospheres (dalam bahasa Inggeris): D06108. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Julai 2012. Dicapai pada 30 Mac 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search