Televisyen satelit

Televisyen satelit (Jawi: تيليۏيشين ساتليت) ialah pemancaran televisyen yang disampaikan oleh satelit komunikasi, berbanding dengan televisyen terestrial dan televisyen kabel. Di kebanyakan tempat di dunia, perkhidmatan televisyen satelit menjadi tambahan kepada isyarat terestrial yang lebih lama dengan menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dan saluran yang lebih besar, termasuk perkhidmatan langganan sahaja. Astro di Malaysia ialah salah satu contoh perkhidmatan televisyen satelit langganan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search