Teluk Biscay

Gambar Satelit Teluk Biscay
Teluk Biscay Mudah bergelora disebabkan ia cetek

Teluk Biscay (Bahasa Sepanyol: Golfo de Vizcaya, Bahasa Perancis: Golfe de Gascogne, Bahasa Basque: Bizkaiko Golkoa) adalah sebuah teluk yang berhubung dengan Lautan Atlantik. Teluk ini terletak di pantai sebelah barat negeri Perancis, dan pantai bahagian utara negara Sepanyol. Teluk ini dinamakan sempena daerah Biscay di Sepanyol.

Bahagian selatan teluk ini dipanggil juga sebagai Laut Spanish Cantabrian mengambil sempena daerah Cantabria di Sepanyol. Orang-orang Rom Purba menamakan teluk ini dalam abad pertama sebelum Masihi sebagai Sinus Kantabrorum (Laut Cantabri). Teluk ini mempunyai kawasan kira-kira 86,000 batu persegi (223,000 km persegi) dengan paras dalam maksimum sedalam 15,525 ft (4,735 m).

Bahagian-bahagian pelantar benua menganjur jauh ke dalam Teluk Biscay, menyebabkan air yang agak cetek di kebanyakan tempat di teluk ini. Keadaan ini mengakibatkan keadaan laut yang amat bergelora apabila cuaca buruk.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search