Tengku Amir Shah

Tengku Amir Shah
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor
Raja Muda Selangor
Pemerintahan3 Mei 2002 - kini
Pemasyhuran8 Oktober 2016
Didahului olehTengku Idris Shah
KeputeraanTengku Amir Shah ibni Tengku Idris Shah
(1990-12-12) 12 Disember 1990 (umur 33)
Hospital Pacific Presbyterian, San Francisco, Amerika Syarikat
Nama penuh
Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
KerabatKesultanan Selangor Darul Ehsan
AyahandaSultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
BondaCik Puan Nur Lisa Idris Binti Abdullah (née Lisa Davis)
AgamaIslam Sunni

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj (diputerakan 12 Disember 1990) merupakan Raja Muda Selangor. Baginda adalah putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat.[1] Ketika berusia 11 tahun, Tengku Amir dilantik sebagai Raja Muda Selangor mulai 3 Mei 2002. Menteri Besar Selangor ketika itu Datuk Mohamad Khir Toyo mengumumkan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat ke-109 pada 20 April 2002. Pelantikan Raja Muda mengikut Klausa 2 Artikel XIV Undang-Undang Tubuh Selangor.[2]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search