Tentera Laut Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris : United States Navy ; singkatan : USN) ialah sebuah cabang tentera laut dari Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang dibentuk untuk peperangan laut dan merupakan salah satu daripada enam perkhidmatan berseragam AS.
Sekarang ini USN mempunyai 335,000 kakitangan dalam duti aktif dan 128,000 di dalam Tentera Laut Simpanan Amerika Syarikat. Ia mengendalikan operasi 280 kapal laut di dalam perkhidmatan aktif dan lebih daripada 4,000 pesawat udara.[1]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search