Tiga Prinsip Rakyat

Halaman akhbar Min Bao pada tahun 1905 di mana prinsip-prinsip ini pertama kali muncul sebagai "Tiga Prinsip Besar" (三大主義).[1]

Tiga Prinsip Rakyat (三民主義, Sān Mín Zhǔyì) [2] merupakan sebuah falsafah politik yang diasaskan Sun Yat-sen yang bertujuan mendorong China menjadi sebuah negara yang bebas, makmur dan berkuasa. Falsafah ini dapat diringkaskan sebagai nasionalisme, demokrasi serta taraf hidup rakyat yang didasarkan kepada fahaman Henry George, seorang ahli ekonomi dari Amerika Syarikat. Malah, ia turut mendapat pengaruhnya daripada pergerakan progresivisme yang dipelopori Abraham Lincoln.

Pengaruhnya begitu kuat dalam daya pemerintahan Republik China yang merangkumi pulau Taiwan, Penghu, Kinmen dan Kepulauan Matsu; di mana ia dianggap Kuomintang sebagai batu asas kepada dasar-dasar pemerintahan negara tersebut.

  1. ^ Li Chien-Nung, translated by Teng, Ssu-yu, Jeremy Ingalls. The political history of China, 1840–1928. Princeton, NJ: Van Nostrand, 1956; dicetak semula Stanford University Press. ISBN 0-8047-0602-6, ISBN 978-0-8047-0602-5. m/s. 203–206.
  2. ^ Stéphane Corcuff (editor) Memories of the Future: National Identity Issues and the Search for a New Taiwan. ISBN 0765607921

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search