Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Timbalan Perdana Menteri
Malaysia
تيمبالن ڤردان منتري مليسيا
Jabatan Perdana Menteri
GelaranYang Amat Berhormat
Anggota bagiKabinet Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Lapor kepadaParlimen Malaysia
Bidang kuasaMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiJabatan Perdana Menteri Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanSri Satria
PusatPerdana Putra, Putrajaya
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia
Penjawat sulungAbdul Razak Hussein
Dibentuk31 Ogos 1957 (1957-08-31)
GajiRM18,168.15 sebulan[1]
Tapak webwww.pmo.gov.my/tpm
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah jawatan politik kedua tertinggi Kerajaan Malaysia. Ia merupakan jawatan yang tidak terkandung dalam Bab 3 Badan Eksekutif Perkara 43 Jemaah Menteri dalam Perlembagaan Malaysia.[2] Jawatan ini dilantik secara konvensyen sahaja. Setiap Timbalan Perdana Menteri diwajibkan untuk memegang jawatan Menteri dalam Jemaah Menteri sebagai syarat untuk dilantik ke jawatan tersebut. Kebiasaannya, Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya seperti mana ketika Barisan Nasional menguasai Dewan Rakyat Malaysia. Mereka yang dilantik pula kebiasaannya adalah dari kalangan Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ahli Dewan Negara Malaysia juga layak untuk dilantik sebagai Menteri seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, oleh kerana tempoh maksima seseorang boleh menjawat jawatan sebagai Dewan Negara Malaysia adalah selama 6 tahun, menyebabkan mereka kurang sesuai untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Namun, tidak semua daripada mereka berjaya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri atas pelbagai sebab. Antara bekas Timbalan Perdana Menteri yang tidak berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri termasuklah, Tun Musa Hitam yang bersara kerana tekanan politik, Tun Abdul Ghafar Baba juga bersara kerana tekanan politik penggantinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana dipecat ketika dalam jawatan, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana Barisan Nasional kalah dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 dan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan disebabkan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir menerima nasib yang sama pada tahun 2015 apabila digugurkan dari senarai rombakan Kabinet Malaysia 2015 lalu. Beliau bagaimanapun akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Bilangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kini adalah seramai 14 orang. Penyandang terkini ialah Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof sejak 3 Disember 2022.

  1. ^ "CPPS Policy Factsheet: Remuneration of Elected Officials in Malaysia" (PDF). Centre for Public Policy Studies. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 May 2016. Dicapai pada 11 May 2016.
  2. ^ Jawatan yang tidak disebut dalam perlembagaan tapi tetap jadi idaman ramai

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search