Tindak balas redoks

Gambar separa tepat mengenai tindak balas redoks

Tindak balas redoks merangkumi kesemua proses kimia yang melibatkan perubahan nombor pengoksidaan (keadaan pengoksidaan) pada atom-atomnya.

Ini termasuklah proses redoks ringkas seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan karbon dioksida, penurunan karbon oleh hidrogen untuk memberikan metana, atau pengoksidaan gula dalam badan manusia, menerusi satu siri proses pemindahan elektron yang sangat rumit.

Istilah redoks (redox) datangnya daripada dua konsep iaitu penurunan (daripada Bahasa Inggerisnya reduction) dan pengoksidaan (oxidation). Ia boleh diterangkan menggunakan penjelasan mudah:

Pengoksidaan menerangkan tentang kehilangan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion
Penurunan menerangkan tentang penerimaan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion

Akan tetapi, penjelasan ini (walaupun mencukupi bagi kebanyakan tujuan) tidak tepat sepenuhnya. Pengoksidaan dan penurunan sebenarnya merujuk kepada perubahan nombor pengoksidaan—pemindahan sebenar elektron mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu, takrifan yang lebih baik bagi pengoksidaan ialah peningkatan dalam nombor pengoksidaan, dan penurunan sebagai pengurangan dalam nombor pengoksidaan. Secara amalannya, pemindahan elektron sentiasa mengakibatkan perubahan nombor pengoksidaan, tetapi terdapat banyak tindak balas yang dikelaskan sebagai redoks, walaupun tidak ada elektron yang berpindah (contohnya yang melibatkan ikatan kovalen).)

Reduction
Oxidant + e ⟶ Product
(Electrons gained; oxidation number decreases)

Oxidation
Reductant ⟶ Product + e
(Electrons lost; oxidation number increases)

Dua Bahagian Tindak balas Redoks.
Pengaratan besi.
Unggun api. Pembakaran melibatkan tindak balas redoks radikal bebas.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search