Tritunggal

Fail:Cor-jesus.jpg
Imej Yesus Kristus yang sering digunakan oleh penganut Katolik
"Perisai Tritunggal" atau Scutum Fidei diagram perlambangan Kristian Barat tradisional.

Doktrin Kristian tentang Tritunggal atau Triniti (dari bahasa Latin Trinitas "tiga serangkai", dari trinus "tiga kali ganda")[1] mentakrifkan Tuhan sebagai tiga peribadi[2], ungkapan atau hipotasis:[3] Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus), dan Roh Kudus; "satu Tuhan di dalam tiga keperibadian". Ketiga-tiga Peribadi itu berbeza, namun dilihat lebih kepada satu "Bahan, Intipati atau Sifatnya".[4] Dalam konteks ini, "Sifatnya" mencerminkan "apa Peribadi" yang dimaksudkan (melakukan) sesuatu itu, manakala "Keperibadian-Nya" menyatakan "Siapa" diantara Peribadi yang dimaksudkan itu.[5][6][7]

Menurut misteri pertengahan dari keyakinan Kristian pada umumnya, hanya ada "Satu" Tuhan didalam Tiga Peribadi: maknya berbeza untuk setiap sifat Keperibadian yang asal (sebagaimana dinyatakan dalam Konsili Lateran IV, "adalah Tuhan Bapa yang Menciptakan, Tuhan Putera yang diciptakan, dan Tuhan Roh Kudus yang dihembuskan") dan hubungan antara satu sama lain, tetapi ketiga-tiga ini dinyatakan satu dalam semua yang lain, setara, sama kekalnya, dan konsubstansial, serta masing-masing adalah Tugan, Kekal dan Kesemuanya. Disebabkan semua Karya Penciptaan (Tuhan Bapa) dan rahmat dipandang sebagai satu operasi tunggal secara bersama-sama pada keseluruhan tiga peribadi ilahi, dengan kekhususan masing-masing peribadi, sehingga semuanya berasal "dari Bapa", "melalui Putera", dan "oleh Roh Kudus".

Para Uskup Besar Gereja Awal memandang elemen-elemen Perjanjian Lama seperti penampakan tiga orang kepada Abraham dinyatakan di dalam Kitab Kejadian, bab 18, sebagai pertanda Tritunggal (Awal), tetapi mereka memandang kitab-kitab di dalam Perjanjian Baru sebagai dasar untuk perkembangan konsep sebenar Tuhan Tritunggal. Ayat didalam Perjanjian Baru sangat berpengaruh tentang ajaran Tritunggal seperti didalam Kitab Injil menurut Matius 28:19, kerana itu, babtislah mereka " Di dalam nama Bapa dan [Putra] dan Roh Kudus". Ayat ini mengarah kepada Rumusan doktrin yang dirasakan sesuai dengan keaslian yang terdapat di dalam Alkitab. Kesimpulan yang paling sederhana mengenai doktrin ini dirumuskan pada abad ke-4, umumnya berkaitan dengan penolakan terhadap apa yang dipandang tidak selaras dengan keyakinan umum Agama Kristian. Namun diterima (Gereja) setelah berkurun-kurun lamanya.

Seperti sifat Tuhan itu sendiri yang tidak mungkin dapat digambarkan, begitu juga kesatuan ini yang amat sulit difahami kerana ia sendiri adalah rahsia (Misterium) Tuhan. Kesimpulannya doktrin ini menyatakan bahawa Tuhan itu berupa (wujud di dalam bentuk) tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Putera) dan seterusnya Tuhan Roh Kudus. Ketiga-tiga peribadi ini membentuk satu Tuhan yang Esa menurut ajaran ini.

  1. ^ Oxford Dictionaries
  2. ^ http://www.katolisitas.org/trinitas-satu-tuhan-dalam-tiga-pribadi/
  3. ^ Herbermann, Charles, ed. (1913). "Person". Catholic Encyclopedia Diarkibkan 2013-08-12 di Wayback Machine. New York: Robert Appleton Company.
  4. ^ def-lateran
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  6. ^ Understanding Trinity
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama baltimore-catechism

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search