Tudung


Pemain cosplay Genshin Impact dengan tudung di Johor, Malaysia

Dalam Islam, tudung atau kerudung ataupun dikenali sebagai hijab merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya." Sebelum berkembangnya agama Islam, tudung dipakai oleh wanita Parsi, sama ada ahli keluarga diraja mahupun orang awam. Kerana wujudnya jalur perdagangan antara negeri Parsi dan negeri Arab, tudung akhirnya menjadi bahagian daripada budaya Arab selepas berkembangnya agama Islam.

Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.

  • Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
  • Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
  • Di Malaysia artis turut mempengaruhi gaya pemakaian tudung kerana semakin ramai artis Malaysia yang memakai tudung.
  • Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.

Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:

  • Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
  • Tudung labuh atau mini telekung.
  • Tudung bersegi seperti tudung bawal.
  • Tudung sarung atau tudung mini.
  • Selendang.
  • Skarf.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search