Tuhan

Tetragramaton, dalam bahasa-bahasa Phoenicia, Aramia dan Ibrani.
Makalah ini adalah mengenai Tuhan dalam konteks monoteisme, untuk melihat maklumat mengenai Tuhan dalam konteks politeisme, sila rujuk Dewa.

Tuhan merupakan satu entiti kewujudan yang Maha-berkuasa, Maha-mengetahui, dan Maha-Penyanyang;yang biasanya disembah oleh manusia. Tanggapan mengenai tuhan sebenarnya adalah berbeza-beza dari satu agama ke satu agama yang lain, contohnya aliran utama agama Kristian manganggap Imej tuhan adalah seperti manusia, tetapi ada agama lain yang menganggap bahawa imej tuhan tidak dapat ditanggapi. Tetapi walaupun demikian, Tuhan merupakan satu konsep yang boleh dijumpai secara universial di setiap bangsa.

Maklumat mengenai Tuhan boleh dijumpai dalam kitab agama. Kitab agama sentiasanya dianggap oleh penganutnya sebagai sumber yang sahih untuk hal ehwal ketuhanan. Bagi masyarakat yang tidak beragama dan tidak berkitab, khayalan mengenai tuhan boleh dijumpai dalam karya sastera, sebaliknya merujuk kepada alam-semulajadi contoh hukum alam, hukum rimba.

Manusia secara semula jadi mempunyai minat untuk mengenal tuhan. Tetapi setiap orang mempunyai bentuk keyakinan yang berbeza mengenai kewujudan tuhan. Tahap-tahap keyakinan ini adalah seperti dibawah:

  • Teisme
    Fahaman yang mengakui kewujudan tuhan.
  • Agnoteisme
    Fahaman yang meragui kewujudan tuhan.
  • Ateisme
    Fahaman yang menafi kewujudan tuhan.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search