Tulisan Jawi توليسن جاوي | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | utamanya:
|
Tempoh masa | sekitar tahun 1300 Masihi sehingga kini |
Aksara induk | |
Tulisan Melayu,[perlu rujukan] Tulisan Jawi (توليسن جاوي , juga Jawoë Ac., Yawi Pat.), Abjad Jawi, atau Arab Melayu (Sumatera, KepRi, KalBar dan KalSel; adakala disingkatkan kepada عرمل ArMel) bermaksud sistem abjad berasaskan tulisan Arab dengan beberapa huruf tambahan (yakni huruf Jawi) yang digunakan untuk menulis bunyi-bunyi asas dalam bahasa Melayu iaitu چ ca, ڠ nga, ڤ pa, ݢ ga, ۏ va, danڽ nya.[1][2][3]
Tulisan Jawi merupakan satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia[4] dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search