Tulisan Jawi

Tulisan Jawi
توليسن جاوي
Jenis
Bahasautamanya:
Tempoh masa
sekitar tahun 1300 Masihi sehingga kini
Aksara induk
Proto-Kanaan
Rupee Jawa Hindia Timur Belanda dengan tulisan Jawi
Batu Bersurat Terengganu. artifak bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai dipahat pada 1303M. Ia bercatat undang-undang setempat dipengaruhi Syariah sekaligus bukti terawal keberadaan Islam di Malaysia.

Tulisan Melayu,[perlu rujukan] Tulisan Jawi (توليسن جاوي, juga Jawoë Ac., Yawi Pat.), Abjad Jawi, atau Arab Melayu (Sumatera, KepRi, KalBar dan KalSel; adakala disingkatkan kepada عرملArMel) bermaksud sistem abjad berasaskan tulisan Arab dengan beberapa huruf tambahan (yakni huruf Jawi) yang digunakan untuk menulis bunyi-bunyi asas dalam bahasa Melayu iaitu چca, ڠ‎‎ nga, ڤ‎pa, ݢ‎ga, ۏ‎va, danڽnya‎.[1][2][3]

Tulisan Jawi merupakan satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia[4] dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.

  1. ^ "tulisan Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  2. ^ "huruf Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  3. ^ "Jawi II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  4. ^ Andrew Alexander Simpson. Language and National Identity in Asia. Oxford University Press. m/s. 356–60. ISBN 0199267480.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search