Tun Habib Abdul Majid

Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bin Almarhum Tun Ali bin Tun Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Abdullah bin Sayyid Syekh bin Sayyid Abdullah bin Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Abdullah Al Saqqāf Al Aydrus (1637[1] – 27 Julai 1697)[2] ialah Bendahara Kesultanan Johor yang ke-19.[3] Kesultanan Johor di bawah Sultan Mahmud Shah II mula kehilangan kuasa semasa perkhidmatan Tun Habib sebagai Bendahara Johor. Pergolakan dalaman Kesultanan Johor yang ditempuh Tun Habib mengukuh kuasa beliau sebagai Bendahara, yang merupakan kuasa sebenar di belakang Kesultanan Johor pada ketika itu.[4] Selepas Tun Habib meninggal dunia, keturunannya menguasai Kesultanan Johor dan mengasaskan Kesultanan Riau-Lingga, Johor, Pahang dan Terengganu.[5]

  1. ^ Deraman, Aziz, Peradaban Melayu Timur Laut, pg 1288
  2. ^ Ibrahim, Negeri Yang Sembilan: Daerah Kecil Pesaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat (1995), hlmn 137
  3. ^ Ali, Wan Ramli Wan Mohamad, Pengakuan Tengku Ali: mengapa saya diturunkan dari takhta Terengganu?, hlmn 3
  4. ^ Suwannathat-Pian, Thai-Malay Relations: Traditional Intra-regional Relations from the Seventeenth to the Early Twentieth Centuries, hlmn. 39
  5. ^ Abdul Jalal, Noor Rahim, Isa, Peterana Kasih: Antologi Puisi, hlmn. 12

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search