Tyrannosaurus

Tyrannosaurus
Julat zaman: Zaman Batu Kapur Akhir (Maastricht),
Binaan semula spesimen jenis, T. rex (CM 9380) di Muzium Sejarah Alami Carnegie
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Klad: Dinosauria
Order: Saurischia
Suborder: Theropoda
Keluarga: Tyrannosauridae
Subkeluarga: Tyrannosaurinae
Genus: Tyrannosaurus
Osborn, 1905
Spesies jenis
Tyrannosaurus rex
Osborn, 1905
Sinonim
Sinonim genus
  • Dinotyrannus
    Olshevsky & Ford, 1995
  • Dynamosaurus
    Osborn, 1905
  • Manospondylus
    Cope, 1892
  • Nanotyrannus
    Bakker, Williams & Currie, 1988
  • Stygivenator
    Olshevsky, 1995
  • Tarbosaurus?
    Maleev, 1955
Sinonim spesies

Tyrannosaurus ("mengkarung zalim") merupakan satu genus dinosaur theropod. Spesies Tyrannosaurus rex, biasanya diringkaskan kepada T. rex, merupakan salah satu dinosaur yang paling terkemuka d diseluruh dunia. Ia berasal dari kawasan yang kini dikenali sebagai bahagian barat Amerika Utara. Sesetengah pakar sains menganggap Tarbosaurus bataar dari Asia sebagai mewakili spesies kedua Tyrannosaurus, manakala yang lain menegaskan bahawa Tarbosaurus sebagai genus berlainan.

Sebagaimana tyrannosaurid yang lain, Tyrannosaurus merupakan makhluk maging berkaki dua dengan tengkorak yang besar diimbangkan oleh ekor yang panjang dan berat. Dibandingkan dengan kakinya yang besar dan berkuasa, 'tangan' Tyrannosaurus adalah kecil dan mempunyai hanya dua jari. Sungguhpun theropod lain menyaingi atau lebih besar berbanding T. rex dari segi saiz, ia diketahui sebagai salah sejenis pemangsa daratan terbesar , berukuran melebihi 13 meter (43 kaki panjang dan berat sehingga 6.8 tan metrik (7.5 tan pendek).

Fosil T. rex telah dijumpai di formasi batu Amerika Utara bertarikh sejak tiga juta tahun dahulu pada akhir peringkat fauna usia Maastricht pada Zaman Batu Kapur (Cretaceous), iaitu sekitar 68.5 hingga 65.5 juta tahun dahulu; ia merupakan antara dinosaur terakhir yang wujud sebelum kejadian kepupusan besar-besaran (Cretaceous-Tertiary). Lebih 30 spesimen T. rex telah dikenal pasti, sesetengahnya adalah rangka yang hampir lengkap. Sesetengah penyelidik mendakwa turut menjumpai tisu lembut. Banyaknya jumlah bahan fosil membolehkan penyelidikan mendalam mengenai banyak aspek mengenai biologinya, termasuk sejarah hayat dan biomekanikal. Tabiat makan, fisiologi (physiology) dan potensi kepantasan T. rex adalah beberapa topik yang kekal dipertikaian.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search