UH-60 Black Hawk

UH-60 Black Hawk
Helikopter UH-60 Black Hawk
Peranan Helikopter utiliti
Pengeluar Sikorsky Aircraft Corporation
Penerbangan sulung 29 November 1974
Diperkenalkan 1979
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Darat Australia
Tentera Darat Republik Korea
Angkatan Tentera Turki
Dikeluarkan 1974-kini
Jumlah dibina 2,600+
Kos seunit AS$5.9 juta
Kelainan SH-60 Seahawk
HH-60 Pave Hawk
HH-60 Jayhawk
Sikorsky S-70

UH-60 Black Hawk merupakan sebuah helikopter utiliti sederhana berenjin kembar yang dikeluarkan oleh Sikorsky Aircraft. Sikorsky telah menghantar rekabentuk S-70 dalam pertandingan Sistem Pesawat Pengangkut Taktikal Utiliti untuk Tentera Darat Amerika Syarikat pada 1972. Pihak tentera darat kemudian memberi designasi prototaip ini sebagai YUH-60A dan telah memilih Black Hawk sebagai pemenang program pada 1976, selepas bersaing dengan helikopter YUH-61 yang dicadangkan oleh Boeing Vertol. UH-60A telah mula berkhidmat dengan Tentera Darat A.S pada 1979, bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois sebagai helikopter pengangkut taktikal.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search