Ular

Ular
Julat zaman: Awal Zaman Batu KapurKini
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Klad: Ophidia
Suborder: Serpentes
Linnaeus, 1758
Subkumpulan
Anggaran taburan ular sedunia, semua spesies

Ular (Jawi: اولر turunan proto-Austronesia *SulaR[1]) merupakan reptilia karnivor yang panjang dan berkaki dalam cabang Serpentes ordo Squamata. Seperti semua spesies ordo disebut, ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindih. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak. Untuk menampung badan ular yang sempit, organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara berikut-ikut, bukan bersebelahan, apalagi kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka. Juga terdapat jenis reptilia yang tidak berkaki tetapi bukan ular, iaitu cicak tanpa kaki; bezanya adalah, ular tiada kelopak mata dan telinga luaran.

Ular ditemui hidup di setiap benua (kecuali Antartika), Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, serta kebanyakan daratan yang lebih kecil — antara yang terkecuali ialah beberapa pulau besar seperti Ireland dan New Zealand, serta kebanyakan pulau kecil di Lautan Atlantik dan tengah Lautan Pasifik.[2] Lebih daripada 20 famili ular kini dikenal pasti, terdiri daripada sekitar 500 genus dan sekitar 3,400 spesies.[3][4] Ular terdapat dalam pelbagai saiz, daripada ular benang yang hanya berukuran 10 cm, hingga ular sawa rendam yang boleh mencapai 8.7 meter (29 ka).[5][6] Ular dipercayai berevolusi daripada cicak yang mengorek lubang atau hidup dalam air sekitar pertengahan Usia Kapur; fosil ular terawal yang diketahui bertarikh sekitar 112 juta tahun dahulu. Kepelbagaian ular moden muncul sewaktu zaman Paleosen (sekitar 66–56 juta tahun dahulu).

Kebanyakan spesies tidak berbisa; yang berbisa menggunakan bisanya terutamanya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding mempertahankan diri. Terdapat ular yang memiliki bisa yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk atau kematian terhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati.

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*SulaR: snake". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada Feb 16, 2024.
  2. ^ (Disunting oleh) Bauchot, Roland (1994). Snakes: A Natural History. New York City, NY, USA: Sterling Publishing Co., Inc. m/s. 220. ISBN 1-4027-3181-7.
  3. ^ "Serpentes". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 3 Disember 2008.
  4. ^ snake species list di Reptile Database. Dicapai 22 Mei 2012.
  5. ^ Murphy; Henderson, JC; RW (1997). Tales of Giant Snakes: A Historical Natural History of Anacondas and Pythons. Florida, USA: Krieger Pub. Co. m/s. 221. ISBN 0-89464-995-7.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Mehrtens, JM (1987). Living Snakes of the World in Color. New York City, NY, USA: Sterling Publishers. m/s. 480. ISBN 0-8069-6460-X.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search