Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945


Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 (UUD 1945) ialah dokumen utama Republik Indonesia yang bertindak sebagai perlembagaan (atau "konstitusi") negara tersebut sepertimana yang disahkan oleh Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) pada 18 Ogos 1945.

Pada 27 Disember 1945, UUD 1945 digantikan oleh Perlembagaan Sementara Republik Indonesia Syarikat yang kemudiannya digantikan pula oleh Perlembagaan Sementara Republik Indonesia (UUDS 1950) pada 17 Ogos 1950. Bagaimanapun pada 5 Julai 1959, Dekri Presiden menguatkuasakan semula UUD 1945, suatu perbuatan yang disokong dengan sebulat suara oleh Dewan Perwakilan Rakyat pada 22 Julai 1959.

Antara tahun-tahun 1999-2002, empat pindaan UUD 1945 telah dibuat terhadap susunan dewan-dewan dalam sistem ketatanegaraan Republik Indonesia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search