United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: God Save the King[a] "Tuhan Selamatkan Raja" | |||||
Jata diraja di Scotland: | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | London 51°30′N 0°7′W / 51.500°N 0.117°W | ||||
Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan | Bahasa Inggeris (de facto) | ||||
Bahasa daerah serantau[b] | |||||
Kumpulan etnik (2011) | |||||
Demonim |
| ||||
Negara gabungan | |||||
Kerajaan | Unitary[e] parliamentary constitutional monarchy | ||||
• Raja | Charles III | ||||
Keir Starmer | |||||
Badan perundangan | Parliament | ||||
House of Lords | |||||
House of Commons | |||||
Perkembangan | |||||
1535 dan 1542 | |||||
24 Mac 1603 | |||||
22 Julai 1706 | |||||
1 Mei 1707 | |||||
1 Januari 1801 | |||||
5 Disember 1922 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 242,495 km2 (93,628 bt2)[10] (ke-78) | ||||
1.51 (2015)[11] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2021 | 67,326,569[12] (ke-21) | ||||
• Bancian Penduduk 2011 | 63,182,178[13] (ke-22) | ||||
270.7/km2 (701.1/sq mi) (ke-50) | |||||
KDNK (PPP) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲ $3.752 trilion[14] (ke-8) | ||||
▲ $55,301[14] (ke-26) | |||||
KDNK (nominal) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲ $3.376 trilion[14] (ke-6) | ||||
▲ $49,761[14] (ke-25) | |||||
Gini (2019) | 36.6[15] sederhana · ke-33 | ||||
HDI (2021) | ▼ 0.929[16] sangat tinggi · ke-18 | ||||
Mata wang | Paun sterling[f] ( GBP ) | ||||
Zon waktu | UTC (Greenwich Mean Time, WET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+1 (British Summer Time, WEST) | ||||
[g] | |||||
Format tarikh | dd/mm/yyyy yyyy-mm-dd (AD) | ||||
Arah memandu | kiri[h] | ||||
Kod panggilan | +44[i] | ||||
Kod ISO 3166 | GB | ||||
DPT internet | .uk[j] |
United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Terjemahan terus: Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland Utara)[17][18] lebih dikenali sebagai United Kingdom (singkatan: UK) atau Britain, ialah sebuah negara berdaulat[19][20] yang terletak di luar pesisir pantai barat laut tanah besar Eropah. UK merupakan sebuah bangsa kepulauan[21] yang terbentuk daripada sebuah kepulauan yang terdiri daripada Great Britain, bahagian timur laut pulau Ireland, dan sebilangan besar pulau-pulau kecil termasuklah Isle of Man dan Kepulauan Channel serta Wilayah Luar Negeri British. Ireland Utara ialah satu-satunya wilayah UK yang bersempadan darat[note 1] dengan negara berdaulat yang lain, iaitu Republik Ireland.[22][23] Selain sempadan darat ini, UK dikelilingi oleh Lautan Atlantik, Laut Utara, Selat Inggeris, dan Laut Ireland.
United Kingdom merupakan sebuah negara unitari beraja berperlembagaan, dan juga sebuah negara[24][25] yang terdiri daripada empat negeri: England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales.[26] UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di ibu negara, London. Ireland Utara, Wales dan Scotland juga mempunyai pentadbiran peringkat negeri yang berbeza-beza kuasanya[27][28], dan berpusat di ibu negeri masing-masing, iaitu Belfast, Cardiff dan Edinburgh. UK mempunyai tiga Wilayah Tanggungan Mahkota [29] dan 14 Wilayah Luar Negeri yang tidak menganggotai UK secara resam.[30] Wilayah-wilayah tersebut merupakan tinggalan Empayar British yang pernah menguasai satu perempat jumlah daratan sedunia di zaman kemuncaknya pada tahun 1922, menjadikannya empayar terbesar dalam sejarah. Kesan pengaruh British masih terasa di kebanyakan bekas jajahannya yang masih memakai bahasa, budaya dan sistem perundangan bekas penjajahnya.
UK ialah sebuah negara maju yang mencatat ekonomi keenam terbesar di dunia dari segi KDNK nominal dan pariti kuasa beli. Ia merupakan negara berindustri yang pertama di dunia[31] dan juga kuasa terbesar di dunia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20,[32] tetapi pengorbanan ekonomi dan sosial akibat dua perang dunia serta kejatuhan empayarnya pada separuh akhir abad ke-20 mengurangkan peranannya sebagai peneraju dalam hal-ehwal dunia. Walaupun begitu, UK kekal masih sebuah kuasa besar yang unggul dalam pengaruh ekonomi, kebudayaan, ketenteraan, sains dan politik. UK diiktiraf sebagai sebuah negara bersenjata nuklear, sementara perbelanjaan ketenteraannya adalah yang ketiga atau keempat terbanyak di dunia, bergantung pada kaedah pengiraannya.[33] UK merupakan sebuah Negara Anggota Kesatuan Eropah, anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping menganggotai Negara-Negara Komanwel, G8, G20, NATO, OECD, Majlis Eropah dan WTO.
Countries within a country
The full title of this country is 'the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland'. 'The UK' is made up of England, Scotland, Wales, and Northern Ireland. 'Britain' is used informally, usually meaning the United Kingdom. 'Great Britain' is made up of England, Scotland and Wales. The Channel Islands and the Isle of Man are not part of the UK.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/>
yang berpadanan disertakan
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search