Universiti Leiden

Universiti Leiden
Universiteit Leiden
frames
Latin: Academia Lugduno-Batava
MotoLibertatis Praesidium (Benteng Kebebasan)
JenisUniversiti awam
Ditubuhkan pada1575
RektorCarel Stolker
Staf akademik
5,500
Pelajar25,800 (2015-2016)
Lokasi,
Laman sesawanghttp://www.leiden.edu
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "nobel_laureates"


Universiti Leiden yang terletak di bandar raya Leiden ialah universiti yang tertua di Belanda. Bagaimanapun berdasarkan alasan teknik, ia merupakan universiti yang kedua tertua selepas Universiti Leuven yang diasaskan pada tahun 1425, akan tetapi Leuven bukan lagi merupakan sebahagian Belanda tetapi kini terletak di Belgium. Universiti Leiden adalah salah satu ahli Kumpulan Coimbra, Europaeum, dan Liga Universiti Penyelidikan Eropah, dan mempunyai reputasi antarabangsa yang baik.

Universiti Leiden diasaskan pada tahun 1575 oleh Putera William dari Orange, ketua pemberontakan Belanda dalam Perang Lapan Puluh Tahun. Keluarga Diraja Orange dan Universiti Leiden masih mempunyai hubungan yang rapat. Ratu-ratu Wilhelmina, Juliana dan Beatrix serta juga putera mahkota Willem-Alexander pernah belajar di Universiti Leiden. Pada tahun 2005, Ratu Beatrix menerima ijazah kehormat dari Universiti Leiden, suatu kehormatan yang jarang diberikan. [1]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search