Universiti Teknologi MARA

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
اونيۏرسيتي تيكنولوڬي مارا
UiTM
Nama lama
  • Dewan Latehan RIDA (1956–1965)
  • Maktab MARA (1965–1967)
  • Institut Teknologi MARA (1967–1999)
MotoUsaha, Taqwa, Mulia [1]
JenisAwam
Ditubuhkan pada1956
Bajet1.80 Billion (2022)
CanselorKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim
Naib CanselorProfesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin [2]
Pro-Canselor
  1. Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin
  2. Tun Datuk Seri Panglima Hj. Ahmadshah Abdullah
  3. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Sallehuddin Mohamed
  4. Tan Sri Dato’ Sri Zarinah Anwar
  5. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz
  6. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Hassan Said
Pelajar175,910 (Mac 2024)
Siswazah1,055,977 (Mac 2024)
Ijazah/Sarjana10,483 (Mac 2024)
Lokasi,
3°04′10.9″N 101°30′13.2″E / 3.069694°N 101.503667°E / 3.069694; 101.503667Koordinat: 3°04′10.9″N 101°30′13.2″E / 3.069694°N 101.503667°E / 3.069694; 101.503667
Kampus34 kampus di Malaysia
Warna                 Ungu, biru, kuning dan putih. [3]
Laman sesawanghttp://www.uitm.edu.my

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA yang terletak di Petaling Jaya, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar.[4] Sejak itu, UiTM sehingga kini telah berkembang menjadi Institusi Pendidikan Tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik) serta pelajar.

Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 12 kampus negeri berautonomi dan 21 kampus satelit yang menjadikannya 34 kampus keseluruhan di Malaysia. UiTM mempunyai hampir 20,000 staf akademik dan bukan akademik serta menyediakan lebih 500 program dari peringkat asas hingga pascasiswazah. Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

  1. ^ "Moto, Visi, Misi, Falsafah & Objektif Universiti". Universiti Teknologi MARA. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2014. Dicapai pada 12 August 2014.
  2. ^ Naib Canselor UiTM
  3. ^ "Color". Profile. Universiti Teknologi MARA. Dicapai pada July 22, 2021.
  4. ^ http://www.icas.my/download/icas_2015/232-ICAS2015_Loo%20Choo%20Hong.pdf

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search