Usenet

Usenet ialah sebuah sistem perbincangan maya di Internet. Ia merupakan satu daripada sistem komunikasi rangkaian komputer yang tertua di dunia dan masih digunakan dengan meluas pada hari ini.

Kiriman-kiriman dalam Usenet dikelompokkan dalam kategori-kategori individu yang dikenali sebagai kumpulan berita. Kumpulan berita disusun mengikut hierarki. Terdapat 8 hierarki teratas yang paling popular, iaitu:

comp
Perbincangan mengenai komputer.
news
Perbincangan mengenai Usenet.
sci
Perbincangan mengenai sains.
rec
Perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi seperti permainan dan hobi.
soc
Perbincangan mengenai sosial.
talk
Perdebatan mengenai agama, politik dan sebagainya.
misc
Perbincangan umum yang tidak termasuk dalam hierarki-hierarki lain.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search