Venus

Patung dewi Venus

Venus (sebutan bahasa Latin klasik: /wɛnʊs/) adalah dewi kepercayaan masyarakat Rom Purba yang fungsinya meliputi cinta, kecantikan, keinginan, seks, kesuburan, kemakmuran dan kemenangan. Dalam mitologi Rom, dia adalah ibu kepada orang Rom melalui anaknya, Aeneas yang selamat dari kejatuhan Troia dan melarikan diri ke Itali. Julius Caesar mengaku dia sebagai nenek moyangnya. Venus adalah pusat kepada banyak perayaan agama, dan dihormati dalam agama Rom di bawah pelbagai kepercayaan agama.

Orang-orang Rom menyesuaikan diri dengan mitos dan ikonografi daripada dewi setaraf yang disembah dalam tamadun Yunani Purba iaitu Aphrodite untuk seni Roman dan kesusasteraan Latin. Dalam tradisi klasik Barat yang kemudian, Venus menjadi salah satu dewi yang paling banyak dikaitkan dengan mitologi Greco-Rom sebagai perwujudan cinta dan seksualiti.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search