Warna primer

Spektrum pancaran tiga fosfor yang mentakrifkan warna primer tambahan bagi skrin tiub sinar katod. Peranti-peranti elektronik lain memiliki set warna primer mereka sendiri dengan spetrum pancaran berbeza.

Suatu set warna primer merujuk kepada set warna yang boleh dicampur untuk menghasilkan keseluruhan julat (gamut) warna. Warna primer adalah penting untuk membentuk persepsi pelbagai warna seperti dalam peranti elektronik dan lukisan berwarna. Persepsi yang terkait dengan satu kombinasi juga dapat diramalkan dengan model pencampuran yang tepat (penambahan dan penolakan) yang membayangkan perihal fizik berkenaan cara cahaya berinteraksi dengan medium fizikal, dan akhirnya, di retina mata. Selain itu, warna primer juga boleh bersifat konsep (tidak nyata) selaku suatu elemen tambahan ruang warna atau suatu kategori fenomena dalam bidang-bidang seperti psikologi dan falsafah. Primer-primer ruang warna ditakrif secara terperinci dalam uji-uji kaji kolorimetri psikofizik yang menjadi asas pemahaman penglihatan warna.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search