Wikipedia:Apakah itu gambar pilihan?

Sumbangan Pilihan


Kandungan pilihan:

Alatan gambar pilihan:

Sesebuah gambar pilihan perlu:

  1. Berkualiti tinggi. Ia seharusnya tajam dan mempunyai imbangan warna yang menyenangkan, berkontras dan cerah, bebas dari pemadatan artifak (seperti fail-fail sesak jenis JPEG), terangan terbakar, kebijian, dan faktor-faktor lain yang mengganggu.
    • Satu-satunya pengecualian pada peraturan ini merupakan faktor kejarangan atau kepentingan imej yang dipaparkan. Lebih penting satu imej dari segi sejarah, atau lebih jarang apa yang terpapar, lebih rendah kualiti yang boleh dibenarkan. Sebagai contoh, gambar yang pertama pernah diambil di dunia adalah berkualiti rendah, tetapi ia satu-satunya dalam sifat sendiri, dimana NASA pula punyai koleksi lebihan imej berkualiti tinggi.
  2. Beresolusi tinggi. Gambar seharusnya dari mempunyai resolusi yang cukup tinggi untuk membenarkan reproduksi kualiti. Umumnya, imej-imej seharusnya lebih kurang 1000 piksel dalam resolusinya untuk disokong dari segi inci, lebar atau ketinggiannya, melainkan mereka adalah bersejarah atau beranimasi.
  3. Merupakan kerja terbaik Wikipedia. Ia seharusnya sekeping foto, gambar rajah, imej atau animasi yang menjadi contoh kerja yang terbaik di Wikipedia. Ia harus mewakili apa yang Wikipedia menawarkan sebagai satu laman yang unik di Internet.
  4. Mempunyai lesen bebas. Ia harus terbuka dalam domain awam atau dibawah satu lesen bebas. Imej-imej penggunaan adil adalah tidak dibenarkan. Untuk memeriksa kategori yang mana satu label imej tertentu, lihat senarai di Wikipedia:Tanda hak cipta imej.
  5. Menambah pada nilai satu rencana dan membantu melengkapkan kesefahaman para pembaca rencana itu dalam cara yang gambar lain pada rencana yang sama tidak.
  6. Tepat. Disokong fakta dalam rencana atau rujukan yang dipetik pada muka imej.
  7. Menyegarkan mata. Diambil atau dicipta dalam satu cara yang paling mengilustrasikan subjek imej. Gambar seharusnya membuat seorang pembaca ingin mengetahui lebih berkenaannya.
    • Pengecualian yang terdapat pada syarat pertama di atas beraplikasi kepada syarat ini juga. Lazimnya gambar-gambar bersejarah atau jarang tidak dapat memenuhi kriteria ini, oleh itu, pengecualian dibenarkan hanya jika gambar berkenaan bersejarah atau jarang.
  8. Mempunyai tajuk gambar sempurna. Gambar harus dipapar dengan satu tajuk yang merangkumi, informatif dan habis. Lihat Wikipedia:Tajuk gambar.
  9. Dinyatakan rencana sumbernya. Nyatakan sumber rencana gambar supaya pengguna lain dapat merujuknya.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search