Wilayah Gyeongsang

Wilayah Gyeongsang
Transkripsi Korea
 • Hangul경상도
 • Hanja
 • Perumian SemakanGyeongsang-do
 • McCune–ReischauerKyŏngsang-do
Transkripsi Nama pendek
 • Hangul경상
 • Hanja
 • Perumian SemakanGyeongsang
 • McCune–ReischauerKyŏngsang
NegaraKerajaan Besar Joseon
KawasanYeongnam
DialekGyeongsang

Gyeongsang (Korea: 경상도, Gyeongsang-do ; sebutan bahasa Korea: [kjʌŋ.saŋ.do]; Jawi: كيوڠسڠدو) adalah salah satu daripada lapan wilayah Korea semasa dinasti Joseon. Gyeongsang terletak di tenggara Korea.

Ibu kota wilayah itu ialah Daegu. Wilayah ini ialah tempat kelahiran Kerajaan Silla. Wilayah ini juga mempunyai peranan penting dalam sejarah Korea moden, memandangkan enam orang presiden Korea Selatan sebelumnya (Park Chung-hee, Roh Tae-woo, Chun Doo-hwan, Kim Young-sam, Roh Moo-hyun dan Park Geun-hye), serta presiden sekarang (Moon Jae-in), dilahirkan di wilayah Gyeongsang.

Hari ini, wilayah ini terbahagi kepada 5 bahagian pentadbiran: tiga buah bandar bebas Busan, Daegu dan Ulsan, dan dua buah wilayah Gyeongsangbuk-do dan Gyeongsangnam-do. Bandar terbesar di rantau ini ialah Busan, diikuti oleh Daegu. Mengikut tahap sub-wilayah pula, wilayah ini juga terbahagi menjadi Gyeongbuk dan Gyeongnam. Gyeongbuk terdiri daripada Daegu dan Gyeongsangbuk-do, sementara Gyeongnam terdiri daripada Busan, Ulsan dan Gyeongsangnam-do.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search