Yang di-Pertua Negeri

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri (Jawi: يڠ دڤرتوا نݢري) ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 buah negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Kerajaan Malaysia kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.

Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri akan melantik Ketua Menteri dan ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search