Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Penyandang
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak
sejak 1 Mei 2021 (2021-05-01)
Jenisrencana senarai Wikimedia Sunting nilai ini di Wikidata
GelaranTuan Yang Terutama
KediamanSeri Mutiara
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Penjawat sulungRaja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad
Dibentuk31 Ogos 1957
Tapak webwww.penang.gov.my/index.php/tyt
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ialah jawatan tertinggi di Pulau Pinang, nama tidak rasminya Gabenor Pulau Pinang. Pulau Pinang yang diambilalih oleh penjajah British, Kapten Francis Light sehingga kini tidak mempunyai sultan atau raja.

Biasanya tokoh politik yang berjasa akan dilantik menyandang jawatan ini. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang terkini sejak 1 Mei 2021. Watikah pelantikan beliau telah diserahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 2021 di Istana Negara, Kuala Lumpur dan telah mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mei 2021.[1][2]

  1. ^ "Ahmad Fuzi angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang". Berita Harian. 1 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  2. ^ "Ahmad Fuzi takes oath of office as Penang governor". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 1 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search