Yayasan Wikimedia يايسن ويكيميديا Wikimedia Foundation, Inc. | |
---|---|
Logo untuk Wikimedia Foundation, direka bentuk oleh pengguna Wikipedia "Neolux" | |
Maklumat am | |
Jenis | Perbadanan bukan untung |
Ibu pejabat | San Francisco, California Amerika Syarikat |
Identiti | |
Orang penting | Michael Snow, Pengerusi Lembaga Jimmy Wales, Pengerusi Emeritus[1] Sue Gardner, Pengarah Eksekutif |
Kawasan berkhidmat | Sedunia |
Fokus | Kandungan Terbuka, wiki- berasaskan projek internet |
Bidang | Wikipedia, Wiktionary, Wikiquote, Wikibooks (termasuk Wikijunior), Wikisource, Wikimedia Commons, Wikispecies, Wikinews, Wikiversity, Wikimedia Incubator dan MetaWiki |
Hasil | $2,734,909 (2007)[2] |
Pekerja | 21 orang (pada Ogos 2008)[3] |
Laman sesawang | wikimediafoundation.org |
sunting |
Wikimedia Foundation Inc. (Yayasan Wikimedia) ialah pertubuhan induk untuk Wikipedia, Wiktionary, Wikiquote, Wikibooks (termasuknya Wikijunior dan Wikiversity), Wikisource, In Memoriam 9/11, Wikimedia Commons, Wikispecies, dan Wikinews. Ia merupakan perbadanan bukan untung yang diasaskan di St. Petersburg, Florida, Amerika Syarikat, dan ditubuhkan di bawah undang-undang Florida. Kewujudannya diumumkan secara rasmi oleh Wikia dan pengasas Wikipedia, Jimmy Wales, pada 20 Jun 2003. Kelulusannya sebagai yayasan pendidikan di bawah kategori "Dewasa, Pendidikan Lanjutan" oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat melalui surat April 2005 bermakna kesemua sumbangan kewangan kepada Wikimedia Foundation boleh dipotong daripada cukai pendapatan persekutuan Amerika Syarikat.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search