Belian

Pokok Belian
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
E. zwageri
Nama binomial
Eusideroxylon zwageri
Teysm. & Binnend.

Pokok belian merupakan sejenis pokok kayu keras dengan nama saintifik Eusideroxylon zwageri.[1] Ia merupakan pokok yang lambat tumbuh membesar dan bukan dipterokarpa. Pokok ini dapat ditemui secara alami di kawasan Borneo, Flores, Jawa dan Kepulauan Sulu.[2] Pokok ini dikenali dengan kayunya yang tahan lasak, dan banyak digunkan dalam pembinaan struktur.

Kayu belian tahan secara semulajadi disebabkan ciri-ciri anatomi uniknya dan kandungan hasilan yang tinggi. Kayunya mampu tahan dedahan kepada tanah dan keadaan lain tanpa kehilangan kekuatan yang jelas. Beberapa tiang eletrik belian yang diuji di Sarawak menunjukkan hanya pereputan permukaan pada garis tanah selepas 20 tahun. Ujian menggunakan mikroskop elektron menunjukkan kehadiran rongga reput lembut pada dinding serat. Tambahan pada serangan reput lembut pada dinding kedua, pada beberapa tisu reput, bahagian lain dinding serat, termasuk lamela tengah berlignin, turut terurai. Bakteria juga turut banyak terdapat pada sel ini, mencadangkan penguraian tisu kayu pada permukaan mungkin hasil tindakan bersama fungi pereputan lembut dan bakteria pengurai kayu.[3]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search