Nama asli | Jaran Kepang |
---|---|
Alat muzik | Gamelan |
Asal usul | Ponorogo, Jawa, Indonesia |
Kuda kepang atau kuda lumping (Jawa: ꦗꦫꦤ꧀ꦏꦺꦥꦁ , translit. jaran képang) ialah seni tarian berkuda yang berasal dari pulau Jawa di Indonesia, ia biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Tarian Kuda kepang merupakan seni bersejarah yang terus dikembangkan dan dilestarikan oleh masyarakat pulau itu.
Tarian ini datang dari pelakonan pada Reog Ponorogo dari Ponorogo.[1] Seni ini terus dikembangkan dan dilestarikan oleh orang Jawa tidak sahaja di kepulauan tersebut malah tersebar dibawa oleh para penghijrah Ponorogo ke Semenanjung Tanah Melayu lalu kini diamalkan di Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor. Tarian ini juga menjadi kebanggaan masyarakat Jawa di ketiga-tiga negara ini dibuktikan pewakilan tarian ia di negara-negara tersebut di pertandingan-pertandingan tarian peringkat antarabangsa. Tarian ini juga sering dimainkan di Jawa ketika acara sambutan perayaan, majlis perkahwinan, perayaan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search