Mudik (juga pulang kampung, balik kampung[1]) di Indonesia ialah kegiatan perantau/pekerja migran untuk pulang ke kampung halamannya.[2] Mudik di Indonesia seiras dengan tradisi tahunan yang berlaku menjelang hari-hari raya keagamaan contohnya menjelang Lebaran (Aidilfitri), Krismas & Tahun Baru, Aidiladha dan hari kemerdekaan. Pada semasa itu, terdapat peluang untuk berkumpul dengan sanak-saudara yang tersebar di perantauan, selain sowan dengan orang tua. Pengangkutan yang digunakan termasuk pesawat terbang, kereta api, kapal laut, bas, dan kenderaan peribadi seperti kereta dan basikal motor. Lori juga dapat digunakan dalam mudik.[3]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search