Mushir

Musyir (Arab: مُشِير, rumi: musyīr) adalah satu perkataan Arab yang bermaksud "jeneral", "kaunselor" atau "penasihat". Ia berkaitan dengan perkataan syura bermakna mesyuarat atau "rundingan" keseluruhannya daripada kata kerja شَاوَرَ syāwara "berunding".[1]

Sebagai gelaran rasmi, dari segi sejarah ia menjadi penasihat peribadi kepada pemerintah. Pada penggunaan ini ia kira setanding dengan gelaran Ahli Majlis Negara dan majlis penasihat negara Eropah.

Didalam konteks ketenteraan, mushir telah dikaitkan dengan idea kaunselor atau penasihat peribadi pemerintah dalam hal ehwal ketenteraan, dan dengan itu menjadi pangkat tertinggi dalam negara-negara Arab dan Empayar Uthmaniyyah. Ia telah digunakan sebagai pangkat tertinggi di kebanyakkan angkatan tentera Timur Tengah dan Afrika Utara, untuk tentera darat, laut, dan udara. Oleh itu ia bersamaan dengan pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada.

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 207. ISBN 967-65-7321-3.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search