Pensonic

Kumpulan Pensonic
Alamat

Plot 98, Perusahaan Maju 8, Taman Perindustrian Bukit Tengah

Poskod

13600

Bandar

Perai, Pulau Pinang

Penubuhan

1982

Telefon dan Faks

No. Telefon: 04-5070 393
No. Faks: 04-5073 825

Logo rasmi Pensonic
Logo rasmi Pensonic

Kumpulan Pensonic (MYX: 9997) merupakah sebuah syarikat peralatan elektrik yang bermula sebagai sebuah kedai kecil yang menjual peralatan elektrik di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1965. Pada tahun 1982, Pensonic diasaskan bertujuan untuk mengeluarkan sendiri peralatan elektrik bagi pertumbuhan jangka panjang syarikatnya. Nama “Pensonic” direka dengan menggabungkan “Pen” dan “sonic” yang bermaksud "Bunyi Pulau Pinang" (Sound of Penang).[1] Sejak itu, Pensonic berkembang sebagai jenama peralatan elektrik Malaysia pertama. Ia merupakan jenama Malaysia pertama yang menerima Geran Promosi Jenama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2005 serta telah menerima beberapa anugerah kecemerlangan reka bentuk.

Pensonic mempunyai kemudahan penyelidikan, pemasangan dan pengeluaran di Malaysia. Selain Malaysia, produk Pensonic turut dieksport ke negara-negara ASEAN dan Timur Tengah.

  1. ^ Mengenai Kami Diarkibkan 2010-10-17 di Wayback Machine - profil rasmi syarikat Pensonic, diambil dari laman rasmi Pensonic.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search