BTS (Hangul: 방탄소년단code: ko is deprecated ; Hanja: 防彈少年團code: ko is deprecated ; RR: Bangtan Sonyeondan, "Pemuda Kalis Peluru") juga dikenali sebagai Bangtan Boys, ialah kumpulan vokal lelaki Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Hybe Corporation. Nama kumpulan ini ialah singkatan bagi Beyond The Scene dan mula diguna pakai pada Julai 2017. Pada 12 Jun 2013, mereka menyampaikan lagu pertama mereka berjudul "No More Dream" dari album awal mereka iaitu 2 Cool 4 Skool yang mempromosikan penampilan sulung mereka pada 13 Jun 2013. Mereka memenangi anugerah New Artist of the Year meneruai lagu "No More Dream", termasuk di Anugerah Muzik Melon dan Golden Disc Awards 2013 dan Anugerah Seoul 2014. Mereka menarik perhatian dengan album Dark & Wild (2014), The Most Beautiful Moment in Life, Part 2 (2015) dan The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever (2016), dengan dua album terakhir ini memasuki carta Billboard 200 AS. The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever memenangi anugerah Album of the Year di Melon Music Awards 2016. Sehingga sekarang, BTS dikenali di seluruh dunia.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search