Skye (Hangul: 스카이code: ko is deprecated ; Jepun: スカイ; dahulunya dikenali sebagai In2It; Hangul: 인투잇code: ko is deprecated ) adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli iaitu; Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, Lee In-pyo dan Isaac Voo yang sebelum ini menyertai rancangan survival Mnet Boys24 pada tahun 2016. Kumpulan ini debut pada 26 Oktober 2017 dengan album mini pertama mereka Carpe Diem dengan single utama, "Amazing". Salah seorang ahli iaitu Isaac Voo merupakan artis Kpop pertama yang berwarganegara Malaysia. Pada asalnya lapan orang ahli, Kim Jin-sub meninggalkan kumpulan pada 26 Mac 2018 manakala Kim Sung-hyun meninggalkan kumpulan pada 4 September 2019.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search