1Malaysia

Logo rasmi 1 Malaysia

1Malaysia (juga disebut Satu Malaysia) ialah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Najib Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.[1]

Ia ialah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[2]

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.[3] Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[4]

Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.[5]

  1. ^ "PM Wants BTN To Intensify 1Malaysia Concept In Its Modules, Bernama, 15 December 2009". Bernama.com. 15 December 2009. Dicapai pada 12 January 2012.
  2. ^ "Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-21. Dicapai pada 2009-05-03.
  3. ^ Elak diperdaya blog kelirukan konsep Satu Malaysia - Sapawi[pautan mati kekal]
  4. ^ "1Malaysia sediakan garis permulaan yang adil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-29. Dicapai pada 2009-05-03.
  5. ^ Satu Malaysia bukan retorik politik - PM[pautan mati kekal]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search