A Portuguesa

A Portuguesa
Lembar dan lirik muzik (1957)

Nasional anthem Portugal Portugal
LirikHenrique Lopes de Mendonça, 1890
MuzikAlfredo Keil, 1890
Diguna pakai5 Oktober 1910 (de facto)
19 Julai 1911 (de jure)
Sampel audio
A Portuguesa (instrumen)

A Portuguesa (Melayu: Sang Portugis), sebutan dalam bahasa Portugis: [ɐ puɾtuˈɣezɐ], merupakan lagu kebangsaan Portugal. Lagu ini disusun oleh Alfredo Keil dan dikarang oleh Henrique Lopes de Mendonça semasa kebangkitan gerakan nasionalis yang dicetuskan oleh ultimatum British pada tahun 1890 kepada Portugal mengenai koloni-koloninya di Afrika. Lagu ini digunakan sebagai lagu perbarisan pemberontakan republik yang gagal pada Januari 1891 di Porto dan digunakan sebagai lagu kebangsaan Republik Portugal yang baru ditubuhkan pada tahun 1911, menggantikan O Hino da Carta (Melayu: Lagu piagam), lagu kebangsaan kerajaan berperlembagaan sebelumnya yang telah dibubarkan hasil revolusi yang berjaya tahun sebelumnya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search