Aaru

Gambaran Aaru dalam karya seni Mesir kuno, dari Dair al-Madinah.

Aaru (/ɑːˈr/; bahasa Mesir: jꜣrw, lit. mensiang), atau Ladang Mensiang (sḫt-jꜣrw, sekhet-aaru), ialah nama syurga dan kayangan dalam mitologi Mesir purba. Ia diperintah oleh Osiris, seorang dewa Mesir purba, dan dipercayai ialah jiwa Delta Nil.

Orang Mesir Purba percaya bahawa roh berada di dalam jantung, dan setiap individu akan menjalani proses "Penimbangan Jantung" di akhirat; setiap jantung manusia ditimbang pada neraca gergasi dengan bulu burung unta yang mewakili Maat, dewi kebenaran. Semua roh yang jantungnya sama berat atau lebih ringan daripada bulu itu akan dibenarkan untuk memulakan perjalanan yang panjang dan berbahaya ke Aaru, di mana mereka akan tinggal aman dan senang selama-lamanya. Akan tetapi, jantung yang berat dengan kejahatan akan jatuh ke dalam mulut Ammit, dewi bermulut buaya. Mana-mana roh yang dibaham "kematian kedua" Ammit tidak akan aman selamanya di dalam Duat.[1]

Sennedjem membajak ladangnya dengan sepasang lembu, digunakan sebagai haiwan tenaga kerja dan sumber makanan, gambaran Aaru dari Dayr al-Madīnah.
Gambaran "Ladang Mensiang" dalam Papirus Ani, kini berada di Muzium British.

Roh-roh yang layak memulakan perjalanan panjangnya akan berdepan dengan banyak bahaya sebelum sampai ke Aaru. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka akan memasuki beberapa gerbang—bilangan tepat berbeza mengikut sumber, antara 15 pintu dan 21 pintu. Setiap gerbang dikawal oleh dewa dan syaitan jahat, dan jika si mati melalui gerbang yang terakhir, mereka akan didayung seberang air ke pantai Ladang Mensiang.[2]

Aaru biasanya dikatakan berada di timur, tempat matahari terbit, dan mempunyai ladang mesiang yang tidak terbatas, seperti di Delta Nil. Akibatnya, kawasan memburu dan pertanian ideal ini membolehkan roh-roh yang layak untuk hidup selama-lamanya; lebih tepat lagi, Aaru dibayangkan sebagai gugusan pulau yang dilitupi padang mensiang. Tempat Osiris tinggal kadangkala dikenali sebagai "ladang persembahan" (sḫt-ḥtpt).

  1. ^ Fadl, Ayman. "Egyptian Heaven". Article. Aldokkan. Dicapai pada 2012-03-15.
  2. ^ Mark, Joshua J. "Field of Reeds (Aaru)". World History Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-20.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search