Abdul Aziz al-Rantisi

Abdul Aziz Al-Rantisi
عبد العزيز الرنتيسي
Ketua Hamas
di Genting Gaza
Dalam jawatan
Mac 2004 – April 2004
Didahului olehAhmed Yassin
Digantikan olehNizar Awadallah
Butiran peribadi
LahirAbdul Aziz Ali Abdul Majid Al-Rantisi
عبد العزيز علي عبد المجيد الحفيظ الرنتيسي

(1947-10-23)23 Oktober 1947
Yibna, Palestin Bermandat
Meninggal dunia17 April 2004(2004-04-17) (umur 56)
Bandar Gaza, Genting Gaza
Sebab kematianPembunuhan oleh tentera Israel
Parti politik Hamas
PasanganJamila Abdallah Taha al-Shanti
PendidikanUniversiti Iskandariah, Mesir

Abdul Aziz Ali Abdul Majid Al-Rantisi (Arab: عبد العزيز علي عبد المجيد الحفيظ الرنتيسي; 23 Oktober 1947 – 17 April 2004), digelar "Singa Palestin",[1][2] adalah pengasas bersama sebuah pertubuhan Islam Palestin, Hamas bersama-sama dengan Syeikh Ahmed Yassin.

Rantisi merupakan pemimpin politik dan jurucakap Hamas di Genting Gaza semasa pembunuhan pemimpin utama Hamas, Syeikh Ahmed Yassin oleh Israel pada Mac 2004.[3] Rantisi menentang sebarang rundingan dengan Israel dan menyeru penubuhan sebuah negara Palestin (termasuk seluruh kawasan yang dianggap negara Israel) melalui tindakan ketenteraan menentang negara Yahudi tersebut.

Pada 17 April 2004, Angkatan Udara Israel membunuh Al-Rantisi dengan peluru berpandu Hellfire yang ditembak daripada sebuah helikopter AH-64 Apache.

  1. ^ عشر سنوات على اغتيال "أسد فلسطين" (dalam bahasa Arab). paltoday.ps. 17 April 2014.
  2. ^ اليوم ذكرى استشهاد أسد فلسطين الدكتور عبدالعزيز الرنتيسي (dalam bahasa Arab). loblab.com. 17 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-28. Dicapai pada 2021-05-22.
  3. ^ Urquhart, Conal (18 April 2004). "Israeli missile attack kills new Hamas chief". The Guardian. London. Dicapai pada 23 April 2010.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search