Huruf Fonetik Antarabangsa International Phonetic Alphabet | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | Digunakan untuk transkripsi fonetik mana-mana bahasa |
Tempoh masa | 1888 sehingga kini |
Aksara induk | Romic Alphabet
|
Abjad Fonetik Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Phonetic Alphabet ; singkatan: IPA)[1] atau singkatannya AFA[2] merupakan sistem transkripsi fonetik yang dicipta oleh para pakar bahasa dengan tujuan menawarakan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dalam mana-mana bahasa pertuturan,[3] serta juga sering digunakan hari demi hari oleh para pakar bahasa, ahli patologi pertuturan dan pakar terapi pertuturan, guru bahasa asing, pengarang kamus, dan pengalih bahasa.[4] Dalam bentuk piawainya (seperti pada tahun 2005) AFA mengandungi kira-kira 107 aksara asas dan 55 pengubah.[5]
Lambang-lambang AFA ini dibahagikan kepada tiga kategori: huruf (yang menandakan bunyi “asas”), diakritik (yang menerangkan bunyi secara terperinci), dan suprasegmental (yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton, dan penekanan). Ketiga-tiga kategori ini kemudian dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil: huruf dibahagikan kepada vokal and konsonan,[6] manakala diakritik dan suprasegmental dibahagikan menurut pelambangan artikulasi, phonasi, ton, intonasi, atau penekanan.[3] Dari masa ke semasa, lambang-lambang ini ditambah, dihapus, atau diubah sual oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa.
Meskipun AFA dimaksudkan untuk hanya mewakiki ciri-ciri penuturan yang relevan kepada bahasa itu sendiri (seperti kedudukan lidah, cara artikulasi, dan pengasingan dan pemelatan perkataan dan suku kata),[3] satu set simbol tambahan dipanggil Extended IPA turut dicipta olej pakar fonologi untuk merakam ciri-ciri penuturan yang tiada kesan langsung pada pengertian dalam bahasa (seperti berkertak gigi, pelat menyebut bunyi "s", dan bunyi yang dihasilkan pesakit bibir bercelah).[4]
Singkatan ‘IPA’ secara rasminya merujuk…kepada ‘Persatuan Fonetik Antarabangsa’. Namun begitu, kini makin kerap penggunaannya untuk merujuk kepada aksara ini (dari frasa ‘International Phonetic Alphabet’).
Terjemahan rasmi dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk singkatan "IPA" dalam bahasa Melayu ialah "AFA".
|date=
(bantuan)
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search