Adven

Musim Adven
Seorang akolit menyalakan lilin lingkaran Adven
Juga dikenali sebagai
Adven
Diraikan oleh/di
Orang Kristian (Katolik Ortodoks)
Warna liturgi
Warna Ungu
JenisKristian
KepentinganPersediaan untuk sambutan kelahiran Yesus Kristus dan meningatkan untuk Kedatangan Yesus Kedua Kalinya.
UpacaraKebaktian gereja, melengkapkan kalendar Adven dan lingkaran Adven,[1] sembahyang melalui renungan harian,[1] menaikkan pokok Krismas,[1] masa Pertobatan,[1] menyalakan Christingle,[2] memberi hadiah, pertemuan keluarga dan sosial lain [2] Kaloring
BermulaBermula sebelum Hari Raya Yesus Raja Semesta Alam
Tarikh 202329 November
Tarikh 202428 November
Tarikh 202527 November
Tarikh 20263 Disember
KekerapanSetiap Tahun
Berkaitan dengan
Musim Krismas, Malam Natal, Anunsiasi, Epifani, Minggu Epifani, Pembaptisan Kristus, Puasa Natal, Kelahiran Jesus

Adven atau adventus ialah musim tahun liturgi yang diamati dalam kebanyakan denominasi Kristian sebagai masa menunggu dengan penuh harapan dan persediaan untuk sambutan Kelahiran Kristus pada Krismas dan kembalinya Kristus pada Kedatangan Kedua. Adven merupakan permulaan tahun liturgi dalam Kristian Barat.

Istilah "Adven" juga digunakan dalam Ortodoks Timur untuk Puasa Natal hari, yang mempunyai amalan berbeza dengan mereka yang di Barat.[3]

Nama ini diguna pakai daripada bahasa Latin adventus "datang; tiba", menterjemahkan Yunani parousia. Dalam Perjanjian Baru, ini ialah istilah yang digunakan untuk Kedatangan Kedua Kristus. Oleh itu, musim Adven dalam kalendar Kristian menjangka "kedatangan Kristus" dari tiga pandangan yang berbeza: kegiatan fizikal di Betlehem, menyambut Kristus dalam hati penganut, dan Kedatangan Kedua eskatologi.[4]

Amalan yang dikaitkan dengan Adven termasuk menjaga kalendar Adven, menyalakan lingkaran Adven, sembahyang renungan harian Adven,[1] mendirikan pokok Krismas atau pokok Krismon,[1] menyalakan Christingle,[2] serta cara-cara lain bersedia untuk Krismas seperti memasang hiasan Krismas,[5][6][7] adat yang kadangkala dilakukan secara liturgi melalui upaca menggantung hijau.[1][8] Setara dengan Adven dalam Kristian Timur dipanggil Puasa Natal, tetapi ia berbeza tempohnya dan amalannya, dan tidak memulakan tahun gereja liturgi seperti ia dilakukan di Barat. Puasa Kelahiran Timur tidak menggunakan parousia yang setara dalam kebaktian persediaannya.[9]

  1. ^ a b c d e f g Kennedy, Rodney Wallace; Hatch, Derek C (27 August 2013). Baptists at Work in Worship. Wipf and Stock Publishers. m/s. 147. ISBN 978-1-62189-843-6. There are a variety or worship practices that enable a congregation to celebrate Advent: lighting an advent wreath, a hanging of the greens service, a Chrismon tree, and an Advent devotional booklet.
  2. ^ a b c Geddes, Gordon; Griffiths, Jane (2001). Christianity. Heinemann. m/s. 99. ISBN 978-0-435-30695-3. Many churches hold Christingle services during Advent. Children are given a Christingle.adaa
  3. ^ perspective., Articles on moral / morality from Orthodox Christian. "Fr. Patrick Henry Reardon -- The Origins of Advent". orthodoxytoday.org. Dicapai pada 15 November 2017.
  4. ^ "since the time of Bernard of Clairvaux (d.1153), Christians have spoken of the three comings of Christ: in the flesh in Bethlehem, in our hearts daily, and in glory at the end of time" Pfatteicher, Philip H. (23 September 2013). Journey into the Heart of God: Living the Liturgical Year. Oxford University Press. ISBN 9780199997145 – melalui Google Books.
  5. ^ The Lutheran Witness. 80. Concordia Publishing House. 1961.
  6. ^ Michelin (10 October 2012). Germany Green Guide Michelin 2012–2013. Michelin. m/s. 73. ISBN 9782067182110. Advent – The four weeks before Christmas are celebrated by counting down the days with an advent calendar, hanging up Christmas decorations and lightning an additional candle every Sunday on the four-candle advent wreath.
  7. ^ Normark, Helena (1997). Modern Christmas. Graphic Garden. Christmas in Sweden starts with Advent, which is the await for the arrival of Jesus. The symbol for it is the Advent candlestick with four candles in it, and we light one more candle for each of the four Sundays before Christmas. Most people start putting up the Christmas decorations on the first of Advent.
  8. ^ Rice, Howard L.; Huffstutler, James C. (1 January 2001). Reformed Worship. Westminster John Knox Press. m/s. 197. ISBN 978-0-664-50147-1. Another popular activity is the "Hanging of the Greens," a service in which the sanctuary is decorated for Christmas.
  9. ^ "Four Reasons It's Not 'Advent.'". Kevin (Basil) Fritts. Dicapai pada 29 September 2014.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search