Agama di Filipina ditandai dengan majoriti orang menganut kepercayaan Kristian.[1] Sekitar 92% penduduknya beragama Kristian, manala 81% menganut Gereja Roman Katolik sementara sekitar 11% menganuti mazhab Kristian Protestan, seperti Gereja Adventis Hari Ketujuh, Gereja Jesus di Filipina dan Evangelikal.[1] Secara rasminya, Filipina ialah sebuah negara sekular dengan Perlembagaan membenarkan pemisahan gereja dan negara, dan meminta pemerintah untuk menganggap seluruh agama setara.
Menurut tinjauan agama kebangsaan, sekitar 5.6% penduduk Filipina ialah Muslim, menjadikan Islam agama terbesar kedua di negara itu. Namun, Sueuhanjaya Muslim Filipina Kebangsaan mempersengketakannya dan menuntut pengikutnya berjumlah sekitar 11% dari jumlah penduduk.[2][3] Kebanyakan Muslim tinggal di bahagian Mindanao, Palawan, dan Kepulauan Sulu – sebuah wilayah yang dikenali sebagai wilayah Bangsamoro atau Moro.[4] Beberapa orang berhijrah ke kawasan perbandaran atau desa di bahagian-bahagian yang berbeza dari negara tersebut. Kebanyakan Muslim Filipina mempraktikan Islam Sunni menurut aliran Shafi'i.[5] Terdapat beberapa Muslim Ahmadiyyah di negara tersebut.[6]
Agama-agama tradisional Filipina masih dipraktikan oleh sekitar 2% penduduk,[7][8] yang termasuk beberapa kumpulan etnik dan penduduk asli. Agama-agama itu sering kali disinkretiskan dengan Kristian dan Islam. Animisme, agama rakyat, dan shamanisme masih hadir sebagai agama aliran utama, melalui albularyo, babaylan, dan manghihilot. Agama Buddha dipraktikan oleh 2% penduduk oleh komuniti orang Jepun, komuniti Jepun Filipina,[7][8][9] dan bersama dengan Taoisme dan agama rakyat China juga menjadi dominan dalam komunitas Tionghoa. Terdapat sejumlah kecil pengikut agama Hindu,[7][8][9] dan Judaisme dan Baha'i.[10] Lebih dari 10% penduduk tidak beragama.[7][8][11]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search