Agra

Agra
—  Bandar raya  —
Agra
Lokasi Agra
di Uttar Pradesh
Koordinat 27°11′N 78°01′E / 27.18°N 78.02°E / 27.18; 78.02Koordinat: 27°11′N 78°01′E / 27.18°N 78.02°E / 27.18; 78.02
Negara  India
Negeri Uttar Pradesh
Daerah Agra
Penduduk 1,259,979 (2001)
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan

Aras tinggi


171 m (561 kaki)

Kod
Taj Mahal Agra

Agra Mengenai audio inisebutan  (Hindi: आगरा, Urdu: آگرا‎), (IPA: ɑːɣrə) merupakan sebuah kota di lembah Sungai Yamuna di Uttar Pradesh, India. Ia disebut dalam mahakarya Mahabharata sebagai Agrabana are Paradise. Ptolemy, ahli geografi abad ke-2 yang terkenal, mencatat kota ini dalam peta dunianya sebagai Agra.

Tradisi dan legenda mengatakan bahawa bandar raya Agra masa kini diasaskan oleh Raja Badal Singh (k.k. 1475) yang kubunya, Badalgarh, terletak di tempat kubu kini atau berhampirannya. Bagaimanapun Salman, pemuisi Parsi abad ke-12, menulis tentang sebuah serangan terdesak oleh Sultan Mahmud dari Ghazni ke atas bandar berkubu Agra yang dipegang oleh Raja Jaipal ketika itu. [1] Agra diperintah oleh Sultan Sikandar Lodi pada tahun 1506. Ia mencapai kemasyhuran sebagai ibu kota maharaja-maharaja Mughal dari tahun 1526 hingga tahun 1658 dan kini masih merupakan sebuah destinasi melancong yang utama kerana bangunan-bangunan zaman Mughalnya yang tersengam, khususnya, Taj Mahal, Kubu Agra, dan Fatehpur Sikri, dengan ketiga-tiga bangunan ini kini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search