Ahl al-Kisa

Ahl al-Kisā' (Arab: أهل الكساء Orang-orang Berjubah) merujuk kepada Rasul dan Nabi terakhir, Muhammad, anak perempuannya Fatimah az-Zahra, sepupu dan menantunya Ali bin Abi Talib, serta kedua-dua cucu Nabi Muhammad iaitu Hasan and Husayn. Mereka semua juga disebut sebagai Āl al-‘Abā (Arab: آل العبا) atau Panj-tan-e Āl-e Abā (Parsi: پنج تن آل عبا) atau ringkasnya Panj tan (Parsi: پنج تن, yang bererti yang lima). Asal usul kepercayaan ini ditemui dalam Hadis Tentang Peristiwa Berjubah (Hadith of the Event of the Cloak) dan Hadis Mubahalah (Mubāhalah), dua hadis yang telah disahkan untuk diterima pakai oleh kedua-dua Mazhab Islam Sunni dan Syiah di mana yang kedua-duanya telah diakui benar hanya mempunyai perbezaan dari aspek tafsiran fiqh sahaja, tetapi masih tetap sama dari segala aspek tafsiran aqidah dan keimanannya kepada Allah dan Rasulullah.

Perkara tersebut adalah merupakan perkara pokok atau perkara asas dalam konsep Islam Syiah Imamah (doktrin Syiah), yang menyatakan bahawa keturunan nasab bapa Nabi Muhammad memiliki kepimpinan rohani khusus di kalangan komuniti Muslim. Ahl al-Kisa, bersama dengan keturunan mereka, para Imam, telah membentuk takrifan Syiah tentang Ahlul Bait (Ahli-ahli Rumah), istilah yang digunakan untuk merujuk kepada ahli keluarga Muhammad.

Ketiga-tiga cabang Islam Syiah berbeza tentang sifat asli golongan Ahl al-Kisa dan para Imam. Dua cabang besar daripadanya, Imamiyah dan Ismailiyah, menganggap mereka berada dalam keadaan Ismah "tidak mungkin melakukan kesilapan", suatu keyakinan yang berasal dari ayat penyucian dalam al-Quran. Sebaliknya, cabang ketiga, para Zaidi, melihat mereka hanya sebagai tokoh politik dengan tugas untuk memimpin pemberontakan bagi melawan pihak pemerintah/penguasa yang korup.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search