Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu

Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu (1955-1959)
Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Pertama (1959–1964)
Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Ke-2 (1964–1969)

Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibubarkan pada tahun 1955 untuk membolehkan Kerajaan mengadakan pilihan raya umum buat pertama kalinya bagi memilih ahli-ahli untuk mewakili rakyat di Majlis Perundangan Persekutuan.

Ahli Majlis Perundangan Persekutuan bertambah kepada 100 orang iaitu 52 orang yang dipilih melalui pilihan raya umum (menggantikan 52 orang ahli tidak rasmi), 35 orang ahli yang dilantik mewakili kepentingan-kepentingan tertentu, dan 11 orang lagi terdiri daripada Menteri Besar dan wakil-wakil negeri, 2 orang wakil negeri-negeri selat[1].

52 kerusi dipertandingkan, dengan penambahan 7 kerusi bagi parti yang menang majoriti.[2] Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan bertanding di semua kerusi dan menang 51 kerusi, manakala Parti Islam Se-Tanah Melayu menang baki 1 kerusi. Berikutan pilihan raya tersebut, Raja Uda Raja Muhammad telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Majlis, sama seperti Yang di-Pertua Dewan Rakyat kini.

Berikut merupakan senarai anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang dipilih pada 1955.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search